Terjemahan

Daripada Abi Umamah ra katanya: Sabda Rasulullah saw: “Bila mengembirakan kamu oleh kebaikan dan mendukacitakan kamu oleh kejahatan maka kamu adalah orang yang beriman.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Pengertian

Dalam hadis ini Rasulullah saw menerangkan dua sifat orang yang beriman iaitu bergembira apabila mengerjakan kebaikan dan berdukacita apabila melakukan kejahatan.  Dia segera menginsafi dirinya dengan bertaubat dari segala kesalahan dan kembali mengerjakan amal soleh untuk mendapatkan keredhaan Allah swt.

Kesimpulan

Kenalilah diri sendiri adakah ianya mukmin atau sebaliknya melalui pengukuran ini: Bergembira dengan kebaikan dan berdukacita dengan kejahatan.

 

Ukuran Iman