Nabi Musa As

Nabi Musa as adalah keturunan Bani Israil, dilahirkan ketika Firaun berkuasa, Firaun terkenal zalim serta suka menindas rakyatnya. Nabi Musa diutuskan untuk mengingatkan Firaun dan kaumnya. Baginda menerima wahyu dan mendapat mukjizat di gunung Sinai. Dengan ditemani Nabi Harun as baginda berdakwah kepada Firaun. Firaun murka saat diingatkan bahawa ia bukan tuhan dan diminta untuk membebaskan Bani Israil. Nabi Musa dikurniakan dengan kitab Taurat yang berisi nilai-nilai dan pedoman hidup bagi umatnya. Antara mukjizat baginda ialah tongkat yang bertukar menjadi ular dan dapat membelah laut.

Nabi Musa as  dalam Al-Quran :

2:40-74,7:103-156,159-160,10:75-93,11:96-99,14:5-8,17:2-3&101-104,20:9-98,21:48,23:45-49,26:10-68,27:7-14,28:3-47,79:15-26

.