1. Menghimpunkan pakar dalam pelbagai aliran pemikiran Islam menerusi perbincangan, kolokium, bengkel, sesi percambahan minda, seminar, bengkel dan persidangan
  2. Meratifikasikan semua aliran pemikiran   untuk mencari titik persamaan yang boleh dikongsikan dalam bentuk siaran maklumat, dokumentasi dan penerbitan berkala
  3. Menghasilkan lebih banyak penyelidikan dalam bidang- bidang baharu di samping mempertajamkan analisis pemikiran klasik mengenai peradaban Islam
  4. Membangunkan satu   bentuk rangka kerja dan pelan tindakan sama ada secara short term dan long term
  5. Memberikan pengiktirafan kepada tokoh-tokoh pemikiran Islam yang gigih mempertahankan kesinambungan dan kearifan Islam
  6. Menganjurkan bengkel kerja secara tematik dan berkesinambungan sepanjang tahun
  7. Membina portal rasmi OMIW   bagi memperkenalkan visi misi organisasi, objektif, aktiviti dan pendekatan organisasi untuk tatapan orang ramai
  8. Menghasilkan karya dalam bentuk hardcopy   seperti jurnal, majalah, pamphlet, buku   dan   dalam bentuk softcopy seperti video clips, mobile TV, radio
  9. Mempromosikan nilai-nilai kearifan Islam dalam media sosial seperti melalui tweeter, instagram, facebook, telegram dan whatsapp.
  10. Melaksanakan kumpulan kerja   dengan   mengambil kira keperluan untuk menterjemahkan prinsip-prinsip kesederhanaan dalam kehidupan
  11. Mengetengahkan fahaman Islam sederhana sebagai paradigma organisasi dan menolak fahaman ekstremis yang bertentangan dengan prinsip kearifan Islam, sebagaimana digariskan oleh al-Quran, al- Sunnah dan pemuafakatan ulama (termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan.
  12. Menubuhkan pusat rujukan mengenai peradaban Islam dan pemuliharaan pemikiran   Islam yang jernih, bebas dari pelbagai pengaruh falsafah   yang terlalu bersifat rasional atau ideologi politik