Objektif

  • Memupuk   budaya   mencari   kearifan   Islam   dalam kerangka penyelesaian masalah umat Islam.
  • Membangun dan mengembangkan kerangka pemikiran yang berasaskan     tasawwur   Islam   berhaluan Ahlu Sunnah wal-Jamaah (ASWJ)
  • Menjernihkan kerangka pemikiran   Islam berdasarkan pemahaman sejarah dan model   kepimpinan   Islam yang selaras dengan tuntutan al-Quran, al-Sunnah dan warisan pemikiran ulama-ulama klasik yang muktabar
  • Meletakkan kepentingan dan syiar Islam mengatasi kepentingan kumpulan dan mazhab tertentu
  • Memberi   pencerahan kepada masyarakat   Islam agar dapat mengenal pasti dan membezakan antara   perkara usul dengan furu’ dalam beragama
  • Mengelakkan perselisihan fiqh (mazhab) dan menjadikan ikatan ukhuwah Islamiah sebagai wasilah umat agar tercipta   perpaduan ummah yang kukuh dan mantap
  • Merumus dan   mengkaji   semula warisan pemikiran Islam agar dapat memenuhi tuntutan zaman dan perkembangan psikososial untuk pembangunan peradaban Islam yang kompeten.
  • Menyalurkan reaksi Islam terhadap kerencaman kerangka berfikir   yang dipengaruhi oleh idealisme dan falsafah moden   yang menolak fungsi dan peranan Tuhan dalam kehidupan manusia.